Naturactor Foundation

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah akhirnya dapat juga ringan-ringankan jari-jemari ni tuk update blog hehe
So hari ni saya nak buat product review.
Dah lama rasanya tak buat review.

Mesti ramai dah tau produk naturactor foundation ni kan?
Boleh dikatakan ramai juga pengguna naturactor ni terutama mak2 andam.
For those who still wondering apa benda naturactor ni, ni sebenarnya foundation buatan Jepun.
Well, tiba-tiba wujud pula naturactor dari China dimana ramai yang mengatakan Naturactor China adalah tiruan.
Tapi ada juga cakap both from China dan Jepun tu ori.
So mana 1 betul? Hehe ok ok nanti saya bagi info macam mana nak kesan yg ori atau tiruan.
Sekarang ni yang masih tak tau benda ni, tengok gambar kat bawah ni.


Naturactor Foundation:
  • Naturactor merupakan foundation yang dapat menutup segala cela-cela di wajah.
  • Anti kilauan / tidak berminyak.
  • 100% menutup pigmentasi, parut, jerawat, cela, dan noda hitam.
  • Ringan dan lembut pada kulit.
  • Melindungi kulit dari sinar UV.
  • Senang digunakan dan tidak melekit.
  • Tahan lama sehingga 12 jam.
  • Tidak menutup pori-pori.
Kod Pilihan:
  • 130 - for very fair skin / pinky tone.
  • 140 - for chinese skin / pink undertone.
  • 141 - for chinese and fair malay skin / yellow undertone.
  • 150 - for dark malay / indian skin
  • 151 - for medium skin / yellow undertone / match with chinese and malay skin.
  • 152 - for malay skin / yellow undertone
  • 153 - for shading
  • 161 - concealer (yellow tone) more for chinese.
  • 171 - concealer (green)
  • 181 - concealer (white)
Haaa siap ada kod lagi. So senang lah nak pilih.
Kod saya 151 dan 141.
Tapi kena hati-hati juga tau. Sekarang ni banyak sangat tiruan.
Hehe copy picture dari seller kat FB (saya selalu beli makeup kat dia).

Perbezaan antara naturactor ori dan tak ori. Kat atas belah kiri tu sticker lama, belah kanan pula sticker baru.

 So sebelum beli tu kena tengok dulu sticker tu. Kang tak pasal-pasal muka jadi gatal gatal pula.
Saya sendiri dah pernah nampak yang tak ori tu.
Sticker kat belakang memang sama dengan sticker 'tak ori' kat gambar atas.
Pastu yang tak ori tu kecik sket dari yang ori.
Yang tak ori ni dijual dengan harga yang lebih murah, dan ada dijual seperti kat kedai-kedai runcit.

Kat belakang product ni ada tanda expired date. So tak yah risau sangat sal masih boleh guna atau tak.
Saya guna makeup sponge tuk apply foundation ni.
Mula2 spray sedikit air kat sponge tu, jangan spray banyak sangat.
Pastu tab tab sponge tu kat foundation ni, then slowly tab tab kat muka you all tu.
Jangan ganas sangat sapu macam you pakai lotion kat muka hehe

Kalau masih ada yang tak caya 'keberkesanan' naturactor ni, meh sini saya test haha!
Memandangkan beberapa hari ni stress menyiapkan laporan praktikal, tumbuh la tumbuhan jerawat kat muka ni.
Ok tengok ni gambar sebelum dan selepas:

Masa untuk sembunyikan jerawat :)

After

Tadaaa jerawat kemetot tu dah hilang hehehe
Tak edit k. Naturactor tu yang licinkan muka ni. Cewahh hehe
Kemerah-merahan kat area hidung dan mulut pun memang tak nampak dah.
Best sangat foundation ni. Tapi saya tak recommend guna hari hari.
Sebab some say kulit akan jadi kering kalau guna selalu.
Well, depends on jenis kulit masing-masing juga lah.

22 comments:

  1. aritu member ade promote produk ni tapi murah je dia beli..dalam 20 lebih..musykil gak nape murah sangat..

    jemput bca entry terbaru http://pikadiaries.blogspot.com/2012/06/kawan-makan-kawan.html

    ReplyDelete
  2. saya tak pandai nak make up. cuma pakai pelembap safi je =)

    ReplyDelete
  3. @Radzi and Fatin sy guna kod 151... sometimes guna 141 jgk :)

    ReplyDelete
  4. @♥NuR SyAFiQah♥ yg ni tak mhal sgt pun.. sebab dia kecik ja bulat mcm dlm gambar tu...

    ReplyDelete
  5. waaa...thanks utk info.. :)
    nk cuba laaa..

    ReplyDelete
  6. wahhhhhh.. really? jap nak tanye, yg awak gune tu bulu mate pelesu ke ori? hehe

    ReplyDelete
  7. @♥e'in♥ ofcoz false lashes dear... bulu mata sy tak selentik itu -_-

    ReplyDelete
  8. bnyk sgt..tak tahu mane yg sesuai dgan kulit..urmm,kulit sy hitam manis.. :)

    ReplyDelete
  9. mna maw order yg ori china punya yer. yg dlam satu box besar punya. taw kah sis :-). neway i jer lelaki yg komen ar ha..ha..

    ReplyDelete
  10. @Adam Azrejandro haha gete.. ko ber 'sis'2 ngan aku boy haha... aku slalu beli on9 ja ni boy...

    ReplyDelete
  11. wahh. saya pernah beli naturactor code 141. mmg match dgn warna kulit. tp jarang pakai sbb nmpk mcm heavy sgt jee. takottt nanti naik jerawat. dh la nak pakai untuk daily pnya. now saya replace dgn bb cream aje. hehe. tp org kate. kalau nak kesan yg nipis. basahkan span dan sapu naturactor kt muka. kesannya sgt nipis mcm pkai bb. :P. tp itulah. tgu big event baru pakai kot ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya dear kena basahkan sponge dulu.. barulah dia boleh sapu rata kat muka... sy pun x pakai hari2... sbb foundation ni berat...

      Delete
  12. saya selalu beli naturactor foundation ni kt http://riasanggunbeautyconcepts.blogspot.com servis dorg memg terrrbaaaiik

    ReplyDelete