Cara mengatasi kulit wajah berminyak

Assalamualaikum

Sebelum pegi kerja ni, saya nak share something lah ngan you all.
Mungkin ramai yang tak tau cara nak handle kulit berminyak.
Sebab most of em' yang komen kat saya selalu mengadu kulit berminyak.
Saya tak lah pro sangat tapi kalau dah ada ilmu dua tiga tu tak salah kita share kan :)
Ok sebelum tu jom kita tengok apa punca sebenar kulit berminyak.

  1. Punca yang pertama sekali adalah hasil pengeluaran daripada sebum iaitu bahan berminyak yang dikeluarkan secara semulajadi kat kulit kita ni. Contohnya kat rambut, kalau you tak basuh or shampoo rambut korang tu dalam beberapa hari, rasa macam berminyak kan? Ok itulah sebum. Sama juga dengan wajah anda. Kalau you tak basuh, wajah akan berminyak. Lebih teruk, some people dah basuh muka pun but after few hours akan berminyak balik -_-
  2. Cara pemakanan. Yes, ni adalah antara sebab-sebab kenapa wajah selalu berminyak. Pengambilan makanan berlemak dan berminyak akan produce more oil into your skin. 
  3. Jarang membasuh muka. For those yang malas sangat nak bangun basuh muka tu haaa jangan menyesal ok. Dah alang-alang muka berminyak tapi tak nak basuh, haa pegi lah ambik minyak masak kat dapur tu then tepek2 kat muka. Mesti shiny kan dear :P

Ok tu antara punca-punca kulit berminyak lah.
So now jom tengok cara mengatasi pula.
Ok ok scroll down bebeh :)

  1. Cara paling famous,  amalkan membasuh muka guna cleanser 2 kali sehari. Pagi dan malam sebelum tidur. Lagi bagus kalau cleanser tu ada tulis 'oil-control'. Pastu kalau lebih rajin pula, basuh muka selepas anda keluar jalan-jalan. Basuh just guna air ja takyah guna cleanser. And one more thing, after dah basuh muka tu, keringkan muka menggunakan tuala yang BERSIH. Sebab tuala yang kotor mengandungi kuman. You definitely don't want those germ transfer into your face, right? Kangg tak pasal-pasal, kulit berjerawat pastu gatal-gatal. Hambek kau!
  2. Elakkan mengambil makanan yang berlemak dan berminyak. Contohnya, kentang goreng. Haaa kalau dah singgah KFC atau McD tu mesti favourite you all french fries kan? Nyumm nyumm sedap! Tak nak wajah berminyak? Ok jangan makan fries k :)
  3. Minum air dengan banyak setiap hari. Yes ini sangat penting. Badan memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. So kalau pegi kerja atau mana-mana pun, jangan lupa sediakan air mineral k. Jangan memandai minum kola 8 tin sehari. Debushh!
  4. Pastikan anda membersihkan solekan setiap hari menggunakan makeup remover, and basuh muka dengan air. Saya tau ada orang yang suka bermakeup, pastu bila balik rumah, muka tu tak basuh lagi. Makeup kat muka tu sampai ke malam. Huhhh! Don't do that ok dear :)

Ok tu cara paling basic lah tuk mengatasi wajah berminyak.
Kalau bajet tinggi, pegi lah spa facial treatment hehe
Kalau takda bajet? Nak buat macam mana?
Jangan risau. Meh jom ikut cara saya.

Telur Putih
  1. Separate egg white dengan egg yolk. Ambik yang putih telur ja pastu kacau kacau kacau kacau until u see the egg white ada bubble. 
  2. Bersihkan muka you all dulu dari segala kotoran k. Bagi kering dulu then, ambik putih telur tadi, slowly apply kat seluruh muka. Avoid eye area.
  3. Tunggu 5 to 10 minutes tuk keringkan putih telur tu. You boleh rasa muka you all jadi keras. Rasa macam pakai botox haha! 
  4. Basuh dan keringkan. Tadaaa mesti freshhh punyalah! :)


Tomato
  1. Potong buah tomato tu menjadi bentuk wedges atau cube, and masukkan kedalam blender. Bila dah habis blender tu, tuang ke dalam bowl. Tapi jangan blend until jadi macam bubur pula. Just bagi hancur2 sket tu ok lah.
  2. Bersihkan muka dulu k. Then apply tomato tadi ke seluruh muka. 
  3. Wait 10 to 15 minutes. Bilas dengan air, dan keringkan. Haaaa best kan. FYI, tomato boleh mengurangkan jerawat, masalah berminyak, dan sel kulit mati pada wajah :)


Have a Nice Day

22 comments:

  1. pasal tomato macam nak try :D

    ReplyDelete
  2. telur putih tu selalu gak guna kdg2 (: nice.

    ReplyDelete
  3. Ohhh..macam tu rupanya...hihihh...nak cubalah pasni...

    ReplyDelete
  4. thanks for the information akak .

    ReplyDelete
  5. u should do more beauty tips.. anyway, nice blog. i love it. :D

    ReplyDelete
  6. @I am Me insyaAllah i will.. thanks for your support dear :)

    ReplyDelete
  7. Muka suka berpeluh acaner pulak. Huuuu

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, sy nak tnya kalau kita guna pencuci muka pahtu nk try cara yang awak bagi kat atas tu, boleh tk? ada effect apa2 tk ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam... boleh ja.. takda masalah.. sbb kat atas tu telur or tomato ja.. bukan guna bahan chemical pun :) jgn risaw, takda effect^^

      Delete
  9. assalamualaikum,sy nk tanya boleh ker guna dua-dua sekali dlm masa sehari....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam... blh ja.. benda ni bukan ada bahan kimia pun... buah n tomato ja :)

      Delete
  10. Nice tipsss....
    Bleh juga guna set Dnars.....untuk kulit berminyak, jerawat, jeragat dan tona x sekata.....
    Sharing is caring :-)
    http://muslimchoices.com/?p=set_kecantikan_dnars&s

    ReplyDelete