Silkygirl Moistureshine Lipstick

Assalamualaikum wbt

Hari ni nak buat review
Silkygirl Moistureshine Lipstick



Design lipstick ni warna hitam ada bunga-bunga pink macam girly-girly sket.
Terdapat 8 jenis warna yang korang boleh pilih.

Di sini sy pilih warna 03-Baby Rose

The best part, Lipstick ni tidak mempunyai sebarang bau ok.
Kadang-kadang ada lipstick yang ada harum-haruman bagai semua tu kan?
Yang ni TIDAK ADA.

Mengandungi vitamin E dan bahan semula jadi yang boleh membuatkan bibir korang nampak moist dan tak kering.
Kalau korang letak kat jari pastu gosok, memang terasa lah texture dia ala-ala creamy.
Macam texture lipsbalm sket.
Sebab tu nama dia Moistureshine Lipstick.

'kenapa ada perkataan 'shine?'

Oh sebab lipstick ni tidak fully matte.
Maksudnya, ada kilat-kilat sket.
Tengok gambar bawah:


See? Ada macam kilat-kilat kan?


Kod warna:
01-Naked Truth (ramai orang suka kaler ni sebab nampak natural)
02-Innocent Pink
03-Baby Rose
04-Simply Nude
05-Deep Plum
06-Hot Pink
07-Spicy Brown
08-Moonlight Pink

Bawah ni gambar sy cuba lipstick kaler 03-Baby Rose

Nampak tak hasilnya macam ada kilat kan?

Mana nak beli?
Guardian atau Watson

Harga?
Rm14 - Rm16
*tak pasti sangat, dah lupa

Tahan lama?
So far sy pakai, tak tahan lama sangat.


Terima kasih kerana membaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...